Apa Itu Branding dan Kenapa Bisnes Perlukan Branding?
Apa Itu Branding dan Kenapa Bisnes Perlukan Branding? Published on: 16/08/2026 Apa Itu Branding? Bila sebut tentang branding, ramai terus terbayang logo . Sebenarnya branding lebih luas daripada sekadar logo. Branding ialah proses membina identiti dan persepsi sesebuah bisnes supaya ia mempunyai imej yang tersendiri dan mudah dikenali oleh pelanggan. Logo, warna, font, gaya grafik, packaging, signage, bahan promosi dan cara sesuatu bisnes berkomunikasi semuanya boleh menjadi sebahagian daripada identiti jenama. Mudah kata, branding ialah bagaimana bisnes kita mahu dikenali dan diingati. Kenapa Bisnes Perlukan Branding? Bayangkan kita nampak satu warna, logo atau gaya visual tertentu dan terus boleh teringat kepada sesuatu jenama. Itulah antara kesan branding yang konsisten. Untuk bisnes kecil sekalipun, branding membantu pelanggan membezakan kita daripada pesaing. Kalau semua bisnes nampak lebih kurang sama, pelanggan akan lebih sukar mengingati siapa kita. Branding membantu mem...